SK ST FRANCIS

SK ST FRANCIS
SEKOLAHKU SYURGAKU

Sabtu, 2 Mac 2013

LATIHAN ISI TEMPAT KOSONG (KATA SENDI)

 
Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.
 
terhadap
untuk
di
tentang
sejak
daripada
seperti
pada
dari
ke

1.
Feri ______________ Langkawi sedang berlabuh di jeti Kuala Kedah.
2.
Amir hendak ____________ kedai membeli susu.
3.
Calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) harus mengambil berat __________________ pelajaran menjelang peperiksaan.
4.
"Jangan bermain __________________ tepi parit,'' pesan ayah.
5.
Cikgu Rahimah memberikan penjelasan _____________ format baru peperiksaan UPSR kepada calon tahun ini.
6.
Jam tangan itu dibuat_____________ emas tulen.
7.
 
Wajah gadis itu berseri - seri __________puteri dari kayangan.
8.
Hadiah hari jadi ini adalah ___________ buah hatinya.
9.
Ahmad menyapu cat ________ dinding bilik.
10.
Ali yatim piatu ______ berusia dua tahun.

KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI

SOALAN : Tuliskan sebuah karangan tentang kehidupan sebuah telefon bimbit.


Tajuk : Aku Sebuah Telefon Bimbit

Cadangan Rangka Karangan

Pengenalan

- aku dilahirkan sebagai sebuah telefon bimbit

- berjenama Nokia dan telah terkenal di seluruh dunia

- berperanan untuk berkomunikasi dan menghantar pesanan ringkas

- memiliki pelbagai kecanggihan yang diinginkan oleh generasi hari ini


Idea-Idea Utama

- aku merupakan generasi yang canggih sekali berbanding datuk dan moyangku

- memiliki keistimewaan yang tidak ada pada generasi Nokia yang lama

- paparan aku berwarna dan boleh diubah-ubah

- memiliki nada dering yang boleh dimuat turun melalui internet

- aku kini dimiliki oleh seorang usahawan yang berjaya

- mampu membeliku walaupun hargaku agak tinggi

- mampu meningkatkan imej tuanku itu

- dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik

- tugasku amat sibuk apabila majikanku berada di pejabatnya

- sentiasa menghubungi pelanggan,teman dan sesiapa yang diinginkan

- turut menyampaikan pelbagai pesanan ringkas

- menyimpan pelbagai data yang diinginkan oleh tuanku

- kecanggihan yang ada padaku digunakan tanpa henti.

- bertugas sebagai mesin kira-kira untukmengira keuntungan syarikat

- mengambil gambar tertentu kerana badanku dilengkapi kamera

- bertugas sebagai jam loceng untuk mengejutkan majikanku pada setiap pagi

- aku semakin lemah apabila sentiasa digunakan oleh majikanku

- menggantikan tenagaku dengan tenaga yang baru

- mudah diperoleh dari kedai-kedai yang menjual alat-alat komunikasi

- sentiasa segar dan mampu berfungsi dengan baik


Penutup

- selagi nyawa dibadan aku akan tetap berkhidmat dengan sebaik mungkin

- sedar bahawa model Nokia yang baru bakal muncul pada bila-bila masa

- mungkin tidak akan digunakan lagi oleh majikanku

- beginilah nasib yang bakal dihadapi oleh sebuah telefon bimbit

LATIHAN TATABAHASA

1. Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis.
    A muncul                                                            
    B terpa
    C terbit                                                                
    D tampil
 

2. Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan setelah tersesat.
    A mati kutu                                                          
    B mati akal
    C cari jalan                                                          
    D jalan tengah
 
 
3. Ceramah itu telah disampaikan ______ seorang doktor ______ Hospital Selayang.
    A oleh … dari                                                       
    B kepada … di
    C oleh … daripada                                             
    D dari … daripada

 
4. Pilih ayat yang betul.

    I.   Hai! Apa khabar?
   II.  Wah, pergi engkau dari sini!
  III.  Syabas, kamu berjaya akhirnya!
  IV.  Amboi, cantiknya pakaian kamu ini!
     
    A I dan II sahaja                                                
    B III dan IV sahaja
    C I, III dan IV sahaja                                         
    D I, II, III dan IV

 
5.  I.  Aduh, luka di kakiku berdarah semula!
    II.  Eh, buku-buku ini bukan kepunyaan saya!
   III. Cis, awak hendak ke mana tergesa-gesa ini?
   IV. Wah, banyak sungguh simpanan awak di dalam bank!
   
    A I dan II sahaja                                                   
    B I, II dan III sahaja
    C I, II, dan IV sahaja                                            
    D I, II, III dan IV