SK ST FRANCIS

SK ST FRANCIS
SEKOLAHKU SYURGAKU

Sabtu, 2 Mac 2013

KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI

SOALAN : Tuliskan sebuah karangan tentang kehidupan sebuah telefon bimbit.


Tajuk : Aku Sebuah Telefon Bimbit

Cadangan Rangka Karangan

Pengenalan

- aku dilahirkan sebagai sebuah telefon bimbit

- berjenama Nokia dan telah terkenal di seluruh dunia

- berperanan untuk berkomunikasi dan menghantar pesanan ringkas

- memiliki pelbagai kecanggihan yang diinginkan oleh generasi hari ini


Idea-Idea Utama

- aku merupakan generasi yang canggih sekali berbanding datuk dan moyangku

- memiliki keistimewaan yang tidak ada pada generasi Nokia yang lama

- paparan aku berwarna dan boleh diubah-ubah

- memiliki nada dering yang boleh dimuat turun melalui internet

- aku kini dimiliki oleh seorang usahawan yang berjaya

- mampu membeliku walaupun hargaku agak tinggi

- mampu meningkatkan imej tuanku itu

- dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik

- tugasku amat sibuk apabila majikanku berada di pejabatnya

- sentiasa menghubungi pelanggan,teman dan sesiapa yang diinginkan

- turut menyampaikan pelbagai pesanan ringkas

- menyimpan pelbagai data yang diinginkan oleh tuanku

- kecanggihan yang ada padaku digunakan tanpa henti.

- bertugas sebagai mesin kira-kira untukmengira keuntungan syarikat

- mengambil gambar tertentu kerana badanku dilengkapi kamera

- bertugas sebagai jam loceng untuk mengejutkan majikanku pada setiap pagi

- aku semakin lemah apabila sentiasa digunakan oleh majikanku

- menggantikan tenagaku dengan tenaga yang baru

- mudah diperoleh dari kedai-kedai yang menjual alat-alat komunikasi

- sentiasa segar dan mampu berfungsi dengan baik


Penutup

- selagi nyawa dibadan aku akan tetap berkhidmat dengan sebaik mungkin

- sedar bahawa model Nokia yang baru bakal muncul pada bila-bila masa

- mungkin tidak akan digunakan lagi oleh majikanku

- beginilah nasib yang bakal dihadapi oleh sebuah telefon bimbit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan