SK ST FRANCIS

SK ST FRANCIS
SEKOLAHKU SYURGAKU

Rabu, 27 Februari 2013

KARANGAN UMUM (JENIS CERITA)

Karangan Tidak berformat.
Tajuk :
Cita-Cita Saya.
Isi :
1) Latar belakang saya.
2) Mengapakah saya memilih cita-cita itu?
3) Siapakah idola saya?
4) Apakah yang saya dibuat untuk mencapai cita-cita itu?
5) Harapan saya.

Contoh Karangan 1 : Cita-cita Sebagai Seorang Pereka Fesyen Pakaian.

Nama saya Amelia binti Arman. Saya adalah pelajar Tahun 4 Melati. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Apabila saya besar nanti, saya bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen pakaian yang terkenal.
        Saya memilih untuk menjadi seorang pereka fesyen pakaian kerana saya suka pakaian yang cantik dan berwarna-warni. Saya tertarik hati dan berminat dengan cita-cita ini setelah melihat pertunjukkan pakaian rekaan terbaru yang ditayangkan di televisyen. Semua pakaian tersebut cantik dan baru.
        Antara pereka fesyen di dunia ini, saya amat meminati fesyen pakaian yang dihasilkan oleh Rizalman dari Malaysia. Hal ini kerana rekaan beliau sesuai dengan cita rasa saya. Rekaan beliau juga banyak dipakai oleh artis dan pemimpin negara.
        Saya banyak membaca dan belajar melukis dan mewarna demi mencapai cita-cita saya ini. Saya juga banyak menyimpan gambar-gambar fesyen terbaru untuk dijadikan rujukkan. Saya juga kerap merakam dan menonton rancangan pertunjukkan fesyen demi menambah pengetahuan.
         Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya juga berharap fesyen rekaan saya tersebut akan menjadi kegemaran orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan