Tajuk : Cita-Cita Saya
Isi :
1) Mengapakah saya memilih cita-cita itu?
2) Siapakah idola saya?
3) Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu?
4) Harapan saya.
Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah
keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak
sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita
saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang polis.
Saya ingin menjadi seorang anggota polis kerana anggota polis boleh membantu orang yang dalam kesusahan. Anggota polis boleh menangkap orang yang melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang. Kita boleh lebih berdisiplin apabila menjadi seorang anggota polis.
Idola atau orang yang menjadi inspirasi saya adalah ibu saya. Ibu saya adalah seorang anggota polis. Ibu saya berpangkat sarjan mejar. Ibu saya seorang yang tegas dan berani. Beliau dihormati oleh pegawai polis yang lain di balai polis tempat ibu saya bertugas,
Namun apabila saya besar nanti saya ingin menjadi pegawai polis yang lebih tinggi pangkatnya daripada ibu saya. Saya ingin menjadi berani, tegas dan dihormati oleh anggota polis yang lain seperti ibu saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik. Saya akan membaca banyak buku penyiasatan dan menjadi penyiasat yang hebat seperti di dalam rancangan kartun cerita 'Conan'.
Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya ingin membantu menjaga keamanan dan keselamatan negara.