SK ST FRANCIS

SK ST FRANCIS
SEKOLAHKU SYURGAKU

Jumaat, 22 Mac 2013

NILAI MURNI

KELAKAR TAK?

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang ke rumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang..... Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni... pak Pandir: Apa yang susahnya tu Mak Andih? Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis pulak... Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendah saja ikan tu dalam air. Kasi lemas ikan tu. Kejap lagi mampos la tu. Mak Andih:???!!!

Sabtu, 2 Mac 2013

LATIHAN ISI TEMPAT KOSONG (KATA SENDI)

 
Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.
 
terhadap
untuk
di
tentang
sejak
daripada
seperti
pada
dari
ke

1.
Feri ______________ Langkawi sedang berlabuh di jeti Kuala Kedah.
2.
Amir hendak ____________ kedai membeli susu.
3.
Calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) harus mengambil berat __________________ pelajaran menjelang peperiksaan.
4.
"Jangan bermain __________________ tepi parit,'' pesan ayah.
5.
Cikgu Rahimah memberikan penjelasan _____________ format baru peperiksaan UPSR kepada calon tahun ini.
6.
Jam tangan itu dibuat_____________ emas tulen.
7.
 
Wajah gadis itu berseri - seri __________puteri dari kayangan.
8.
Hadiah hari jadi ini adalah ___________ buah hatinya.
9.
Ahmad menyapu cat ________ dinding bilik.
10.
Ali yatim piatu ______ berusia dua tahun.

KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI

SOALAN : Tuliskan sebuah karangan tentang kehidupan sebuah telefon bimbit.


Tajuk : Aku Sebuah Telefon Bimbit

Cadangan Rangka Karangan

Pengenalan

- aku dilahirkan sebagai sebuah telefon bimbit

- berjenama Nokia dan telah terkenal di seluruh dunia

- berperanan untuk berkomunikasi dan menghantar pesanan ringkas

- memiliki pelbagai kecanggihan yang diinginkan oleh generasi hari ini


Idea-Idea Utama

- aku merupakan generasi yang canggih sekali berbanding datuk dan moyangku

- memiliki keistimewaan yang tidak ada pada generasi Nokia yang lama

- paparan aku berwarna dan boleh diubah-ubah

- memiliki nada dering yang boleh dimuat turun melalui internet

- aku kini dimiliki oleh seorang usahawan yang berjaya

- mampu membeliku walaupun hargaku agak tinggi

- mampu meningkatkan imej tuanku itu

- dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik

- tugasku amat sibuk apabila majikanku berada di pejabatnya

- sentiasa menghubungi pelanggan,teman dan sesiapa yang diinginkan

- turut menyampaikan pelbagai pesanan ringkas

- menyimpan pelbagai data yang diinginkan oleh tuanku

- kecanggihan yang ada padaku digunakan tanpa henti.

- bertugas sebagai mesin kira-kira untukmengira keuntungan syarikat

- mengambil gambar tertentu kerana badanku dilengkapi kamera

- bertugas sebagai jam loceng untuk mengejutkan majikanku pada setiap pagi

- aku semakin lemah apabila sentiasa digunakan oleh majikanku

- menggantikan tenagaku dengan tenaga yang baru

- mudah diperoleh dari kedai-kedai yang menjual alat-alat komunikasi

- sentiasa segar dan mampu berfungsi dengan baik


Penutup

- selagi nyawa dibadan aku akan tetap berkhidmat dengan sebaik mungkin

- sedar bahawa model Nokia yang baru bakal muncul pada bila-bila masa

- mungkin tidak akan digunakan lagi oleh majikanku

- beginilah nasib yang bakal dihadapi oleh sebuah telefon bimbit

LATIHAN TATABAHASA

1. Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis.
    A muncul                                                            
    B terpa
    C terbit                                                                
    D tampil
 

2. Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan setelah tersesat.
    A mati kutu                                                          
    B mati akal
    C cari jalan                                                          
    D jalan tengah
 
 
3. Ceramah itu telah disampaikan ______ seorang doktor ______ Hospital Selayang.
    A oleh … dari                                                       
    B kepada … di
    C oleh … daripada                                             
    D dari … daripada

 
4. Pilih ayat yang betul.

    I.   Hai! Apa khabar?
   II.  Wah, pergi engkau dari sini!
  III.  Syabas, kamu berjaya akhirnya!
  IV.  Amboi, cantiknya pakaian kamu ini!
     
    A I dan II sahaja                                                
    B III dan IV sahaja
    C I, III dan IV sahaja                                         
    D I, II, III dan IV

 
5.  I.  Aduh, luka di kakiku berdarah semula!
    II.  Eh, buku-buku ini bukan kepunyaan saya!
   III. Cis, awak hendak ke mana tergesa-gesa ini?
   IV. Wah, banyak sungguh simpanan awak di dalam bank!
   
    A I dan II sahaja                                                   
    B I, II dan III sahaja
    C I, II, dan IV sahaja                                            
    D I, II, III dan IV